Thursday, June 11, 2009

Prolog

Salam perkenalan semua,

Ni posting pertama ku. 1st time nak berbloger2 ni. Baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Dunia jari jemari bersuara. Menari-nari di atas keyboard menanti peluru idea menembusi pemikiran kritis dan kreatif. Yang membuatkan pembaca meruntun, merintih, tertawa, tersenyum, terkesima, terkedu dan 1001 perasaan lagi. Mereka inilah yang telah mempengaruhi pemikiran dunia. Mampukah aku jadi seperti mereka ini?

The Ends justify the Means

The state of affairs that a plan is intended to achieve and that (when achieved) terminates behavior intended to achieve it.


Pengakhiran menggambarkan Pencapaian

Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan. Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat kesenangan abadi. Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi kita. Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi diiktiraf keselamatannya di akhirat. Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah menyayangi mereka. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti bahawa Allah membenci mereka. Kesenangan di dunia bukan menjadi kayu pengukur kepada kesenangan di akhirat. Kesusahan di dunia pula bukan menjadi kayu pengukur kepada kesusahan di akhirat.

Jika ada kawan-kawan lain yang berpendangan berbeza, harap dapat disampaikan supaya kita dapat bertukar-tukar pandangan. Ketahuilah, akal, otak, minda atau apa saja istilah yang berkaitan dengan pemikiran kita, selagi ia diisi, dipanjangkan, didedahkan akan menambahkan lagi kualiti cara kita berfikir dan menambahkan lagi pemahaman dalam menuntut sesuatu ilmu.

No comments:

Post a Comment